52,
Lorong Jambu,
Kampung
BAhagia,
35500
Bidor.
2
Jun 2003.
Menemui adinda Marwan yang berada di
Ipoh dengan selamatnya.
Adinda,
Apa khabar adinda sekarang? Kakanda
berharap agar adinda sihat sejahtera. Keluarga di sini juga dalam keadaan sihat
sejahtera.
Pada penghujung tahun ini, adinda
akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagaimana
persiapan adinda sekarang? Kakanda berharap agar adinda telah bersedia untuk
menghadapi peperiksaan tersebut. Persiapan awal sangat penting agar adinda
tidak berasa tertekan apabila peperiksaan sebenarnya bermula.
Kakanda juga berharap kepada adinda
agar dapat memenuhi jadual pemelajaran di asrama. Itulah kelebiham tinggal di
asrama. Sistem pemelajaran pelajarnya lebih teratur berbanding dengan mereka
yang belajar di rumah. Tambahan pula, kemudahan pemelajaran banyak disediakan.
Kakanda berharap agar adinda menggunakan segala kemudahan untuk meningkatkan
mutu pencapaian akademik. Berbincanglah dengan guru dan rakan-rakan jika adinda
menghadapi masalah dalam pelajaran.
Kakanda dan keluarga di kampung
sentiasa mendoakan kejayaan adinda. Kakanda berharap benar semoga adinda tidak
mensia-siakan peluang yang ada serta sentiasalah mengingati pengorbanan
ayahanda dan bonda di kampung.
Akhir kata, sambutlah salam rindu
daripada kakanda dan keluarga di kampung.
Kakanda,
tahniah kerana anda masih berkarya menggunakan blogspot..
ReplyDeletemazlan
PKG Tembeling, Jerantut