Powered By Blogger

Wednesday 10 October 2012

Surat kiriman Tidak rasmi



52, Lorong Jambu,
Kampung BAhagia,
35500 Bidor.

2 Jun 2003.

            Menemui adinda Marwan yang berada di Ipoh dengan selamatnya.

Adinda,
            Apa khabar adinda sekarang? Kakanda berharap agar adinda sihat sejahtera. Keluarga di sini juga dalam keadaan sihat sejahtera.

            Pada penghujung tahun ini, adinda akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagaimana persiapan adinda sekarang? Kakanda berharap agar adinda telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Persiapan awal sangat penting agar adinda tidak berasa tertekan apabila peperiksaan sebenarnya bermula.

            Kakanda juga berharap kepada adinda agar dapat memenuhi jadual pemelajaran di asrama. Itulah kelebiham tinggal di asrama. Sistem pemelajaran pelajarnya lebih teratur berbanding dengan mereka yang belajar di rumah. Tambahan pula, kemudahan pemelajaran banyak disediakan. Kakanda berharap agar adinda menggunakan segala kemudahan untuk meningkatkan mutu pencapaian akademik. Berbincanglah dengan guru dan rakan-rakan jika adinda menghadapi masalah dalam pelajaran.

            Kakanda dan keluarga di kampung sentiasa mendoakan kejayaan adinda. Kakanda berharap benar semoga adinda tidak mensia-siakan peluang yang ada serta sentiasalah mengingati pengorbanan ayahanda dan bonda di kampung.

            Akhir kata, sambutlah salam rindu daripada kakanda dan keluarga di kampung.

Kakanda,

1 comment:

  1. tahniah kerana anda masih berkarya menggunakan blogspot..

    mazlan
    PKG Tembeling, Jerantut

    ReplyDelete